Thursday, March 26, 2009

Happy Birthday No. 11





Selamat Hari Ulang Tahun ke-22 buat incik W.M. Akib pada 26 March 2009!!
Semoga panjang umur, murah rezeki, murah skoler, dan kaya dengan gol!!
Senyum Sokmo!!
:D
-pdus-

Kenapa Susah Nak Nampak Player Sona Trenen Petang2x?


Ha ni lah sebabnya, kiterog slalu trenen malam, haha

time trenen muke sumer serius baru la final year, haha


kasut suma berjenama, haha


sedang trenen


dayat steady jek muke tak pancit pas habis trenen!, haha


  • Selamat bercuti kepada semua!
  • Good Luck untuk game yang mendatang!!
  • Senyum Sokmo!
  • :D

-pdus-

Friday, March 20, 2009

SONA FC : SONA 2 - 0 APOCALYPTO

"pukimak" jerit goalie Sona kepada seorg pemerhati di luar padang dan selang 5 saat selepas itu reff memanggil "keeper come here!"; itu lah saat beliau dikeluarkan padang... hampaaa.....
Setelah 3 minggu 'training dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira penat lelah', akhirnya SONA FC berjaya juga mencipta kemenangan mereka yang kedua. Dengan kemenangan ini, mereka telah mencerahkan peluang untuk ke pusingan yang seterusnya.

Pada perlawanan mereka yang ketiga ini, mereka telah berjaya menjinakkan pasukan APOCALYPTO dengan jaringan 2-0. Gol-gol ini telah disumbangkan oleh Saudara Hasnol dan Saudara Matiin. Kedua-duanya adalah di separuh masa kedua. Tahniah diucapkan.

Namun satu kejadian yang tidak diingini telah menimpa kepada penjaga gol mereka. Kali ini bukan kejadian tidak dapat menangkap bola dengan kemas tetapi melakukan aksi spontan yang telah berjaya memikat hati pengadil untuk memberikan beliau kad merah. Takziah diucapkan.

Walau apa pun, SONA FC akan sentiasa memandang ke depan dan sentiasa ceria. Majulah sukan untuk negara. Amin.

Monday, March 2, 2009

SONA FC : SONA 1 - 1 EVO

Ahad, 1hb Mac. 4 Rabiulawal 1430 H.. Padang UTP (takde tempat lain ke?)

Keadaan hujan lebat sebelum permainan seolah-olah memberi rahmat untuk pasukan SONA. Namun semua itu hanya harapan palsu. Pemain SONA yang masih dilamun api cinta kemenangan ke atas NAGASAKTI FC seolah-olah tidak bermaya di hadapan tiang gol.

Setiap rembatan hanya mampu ditepis dan digelak oleh penjaga gol pihak lawan, Kalai (bukan nama sebenar). Separuh masa pertama memberi petunjuk bahawa pemain SONA masih penat kerana terlibat dengan Hari Sukan Jan05 (nasib baik ada alasan). Sikap sambil lewa pihak pengurusan SONA juga menjadi faktor kerana semua pemain seolah-olah beraksi seperti bintang pujaan mereka Khalid Jamlus yang malas tapi power.

Enough with all the philosophies. Tiba-tiba pihak EVO dapat free kick 30 m dari tiang gol SONA. Bola gagal ditangkap kemas lalu masuk bergolek perlahan. Kedengaran teriak penyokong EVO bersorak ceria menyambut gol itu.

Team SONA yang dipimpin Dirk Khai di bahagian tengah membuat kejutan apabila beliau lagi sekali menjaringkan gol dari jarak jauh (tidak pasti berapa jarak dia sebab garisan padang tidak kelihatan. Cibai punya management, bayar mahal line tak dak). Bintang pertahan SONA, Rio FerdiBUN dilayang kad kuning kerana terjahan ganas. Habis babak pertama permaianan.

Pihak referee yg diketuai P.Gunalan (bkan nama sebenar) didapati menjual permainan kerana menamatkan masa permainan lebih awal iaitu sebanyak 10 minit. Pihak pengurusan SONA tidak mampu berbuat apa-apa (nak bantah kena bayar kot).

Separuh masa kedua bermula. Tiada perubahan dilakukan. Bola dikuasai sepenuhnya pasukan SONA namun rezeki tak dak, gol tak masuk. Minit ke-45 pemain berbakat besar dari Pasir Putih Wan Fabremy dimasukan menggantikan Chipinho juga kelahiran Kelantan. Beliau berjaya menjana jentera tengah namun tetap gagal untuk mencari gol.

20 minit sebelum tamat perlawanan..pemain tengah berbadan sasa dimasukkan yakni Pojan Krkic menggantikan Obafemi Matiin. Selang 5 minit pasukan SONA berjaya memasukkan gol menerusi Steven JUErrard namun dinafikan penjaga garisan. Ajim Bullard emo kerana dia yang cross bola tersebut.

Aksi kasar bermula. Pojan krkic dilayang kad kuning kerana terjahan ganas ala-ala street fighter. 10 mnit sbelum tamat, AKIBonlahor dimasukkan menggantikan Park JI NON. 5 mnit sebelum tamat, SONA dihadiahkn free kick. DIrk Khai dengan selamba menghantar bola mengenai palang. Penyokong hampa sekali lagi.

Seminit sebelum permainan tamat, SONA berjaya mendapat free kick sekali lagi. Dirk Khai cuba menghantar jauh berjaya melepasi pertahanan namun POjan Krkic yang hanya berdepan penjaga gol gagal mendapatkan bola tersebut. Disebab inersia yang tinggi, dia gagal berhenti lalu menghentam keeper tersebut sekuat hati tanpa belas kasihan. Finally kad merah dilayangkan kepada beliau. Padan muka.

Beberapa minit kemudian, permainan ditamatkan



Keputusan muktamad : SONA 1 – 1 EVO