Friday, March 20, 2009

SONA FC : SONA 2 - 0 APOCALYPTO

"pukimak" jerit goalie Sona kepada seorg pemerhati di luar padang dan selang 5 saat selepas itu reff memanggil "keeper come here!"; itu lah saat beliau dikeluarkan padang... hampaaa.....
Setelah 3 minggu 'training dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira penat lelah', akhirnya SONA FC berjaya juga mencipta kemenangan mereka yang kedua. Dengan kemenangan ini, mereka telah mencerahkan peluang untuk ke pusingan yang seterusnya.

Pada perlawanan mereka yang ketiga ini, mereka telah berjaya menjinakkan pasukan APOCALYPTO dengan jaringan 2-0. Gol-gol ini telah disumbangkan oleh Saudara Hasnol dan Saudara Matiin. Kedua-duanya adalah di separuh masa kedua. Tahniah diucapkan.

Namun satu kejadian yang tidak diingini telah menimpa kepada penjaga gol mereka. Kali ini bukan kejadian tidak dapat menangkap bola dengan kemas tetapi melakukan aksi spontan yang telah berjaya memikat hati pengadil untuk memberikan beliau kad merah. Takziah diucapkan.

Walau apa pun, SONA FC akan sentiasa memandang ke depan dan sentiasa ceria. Majulah sukan untuk negara. Amin.

No comments: