Saturday, February 21, 2009

SONA FC : YA AMPUN

Harap maaf. Pasukan yang berhadapan dengan SONA FC semalam bukanlah CANTANA seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Pasukan tersebut adalah NAGASAKTI FC!

Persoalan:

1) Adakah CANTANA dan NAGASAKTI FC adalah pasukan yang sama di mana mereka hanya sekadar menukar nama pasukan mereka secara suka-suka?

2) Adakah CANTANA dan NAGASAKTI FC adalah pasukan yang berbeza di mana CANTANA telah digantikan oleh NAGASAKTI FC atas sebab-sebab tertentu?


Apa-apa pun, kami memohon maaf atas kesilapan teknikal ini. Sekian.

Friday, February 20, 2009

SONA FC : SONA 2 - 1 CANTANA

Akhirnya, SONA FC telah berjaya mencipta kemenangan pertama mereka. Mereka telah berjaya menundukkan pasukan CANTANA dengan jaringan 2 gol berbalas 1 pada perlawanan UTP Soccer League mereka yang pertama pada petang tadi.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat sama-sama ingin menunjukkan belang tarung masing-masing. Posesi bola kelihatan agak seimbang di awal minit perlawanan sehinggalah Khai, pemain yang baru diserap masuk daripada pasukan AURORA , berjaya menjaringkan gol dengan satu sepakan yang menarik daripada tengah padang. Gol tersebut mungkin bakal menduduki carta teratas "Gol Paling Hensem" abad ini. Keputusan unutuk separuh masa pertama berakhir dengan SONA mendahului CANTANA 1-0.

Setelah separuh masa kedua bermula, CANTANA mula menggandakan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan. Namun, usaha tersebut dapat dipatahkan dengan baik oleh bahagian pertahanan SONA, bahkan SONA sekali lagi berjaya menambah gol hasil gerakan daripada pemain penyerang mereka yang macho, Pak Nol.

Walau bagaimana pun, CANTANA berjaya juga membolosi benteng kebal penjaga gol SONA, Pidos, yang gagal menangkap kemas bola hasil sepakan percuma daripada pemain CANTANA. Gol tersebut bagai meniup semangat baru bagi CANTANA dan mereka mula menggandakan asakan untuk mendapatkan gol pernyamaan. Namun, pertahanan SONA yang diketuai oleh ketua pasukan mereka yang gagah berani, Bun, berjaya mengekang asakan lawan yang bertubi-tubi itu dan mengekalkan jarak 2-1 hingga ke akhir permainan.


Berikut adalah serba sedikit gambar ketika perlawanan tersebut sedang berlangsung:























































































































P/S: Terima kasih kepada semua penyokong yang datang menyokong kami petang tadi. Tanpa kehadiran anda semua, mungkin kami tidak mampu untuk melakarkan kemenangan ini. Terima kasih sekali lagi penyokong SONA!!! We love you all!!!

Tuesday, February 17, 2009

SONA FC : AGAK-AGAK FIGHT KE?

Hari ini, sekali lagi SONA FC beraksi dalam perlawanan persahabatan dan kali ini mereka menentang ONITSUKA TIGER. Dan bagi kali ketiga berturut-turutnya keputusan tidak berpihak kepada SONA FC di mana mereka telah dikalahkan dengan 3 gol berbalas 4.

Memang tidak dinafikan ONITSUKA adalah antara pasukan yang handal dan top di arena UTP Soccer League. Namun dengan semangat yang selamba dan tenang, SONA FC tetap berusaha dengan sedaya upaya dan memberikan yang terbaik untuk memberi saingan kepada ONITSUKA.

Kekalahan 3-4 ini tidak akan sekali-kali melemahkan semangat pasukan SONA FC. Diharap agar mereka akan berjaya menemui rentak permainan mereka dengan secepat mungkin dan memperoleh kemenangan mereka yang pertama, menentang CANTANA mungkin. Ceyyhhh~

Thursday, February 5, 2009

SONA FC : DENDAM TERBALAS

Akhirnya, dendam kesumat GEN 06 terhadap kekalahan mereka kepada SONA FC pada perlawanan persahabatan tahun lepas terbalas juga. Mereka telah berjaya menumpaskan SONA FC pada kali ini dengan kemenangan yang bergitu bergaya, 5-1 (ni baru betol kalu nak celebrate birthday). Bak kata Ajim, "Man U lawan Negeri Sembilan". Boleh pakai ke persamaan tu?

Bagi pasukan SONA FC pula, kekalahan kali kedua berturut-turut ini bukanlah menjadi batu pengukur kepada perjalanan mereka di kejohanan UTP Soccer League nanti. Dengan kekalahan seperti ini, barulah mereka dapat belajar mengenai segala kesilapan yang mungkin ada dalam pasukan, tidak kira dari segi zahir ataupun batin.

Walaupun kalah, namun SONA FC tetap ceria, seceria embun pagi. Itulah kelebihan dalam pasukan SONA FC. Kenapa? Tak percaya? Kalau tak percaya, tanya Pojan! Lalalaa~

SONA FC : PERLAWANAN PERSAHABATAN DIBATALKAN

Perlawanan persahabatan di antara SONA dan AROURA yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini (6hb Februari) telah dibatalkan akibat sebab-sebab tertentu.

Harap maklum.

SONA FC : TULANG BELAKANG PASUKAN

Untuk pengetahuan semua, SONA FC sentiasa mengekalkan prinsip mereka dalam pemilihan pemain iaitu 'semua pemain boleh main'. Maka pemain yang diambil atau diterapkan ke dalam pasukan tidak boleh terlalu ramai sehingga boleh menyebabkan ada pemain yang mungkin tidak berpeluang untuk berbakti. Bak kata Sipi, "RPM; Rizak Pah Mapuh".

Bagi sesi 2009, seramai 20 orang telah disenaraikan sebagai pemain bagi SONA FC.

Penjaga gol:
MOHD FIRDAUS (Pidus)
MOHAMMAD AZRUL (Gori)

Pertahanan:
HIDAYAT (Dayat)
MOHD ASHRAF (Acap)
MOHD FAHMI (Bun)
MOHD SHAFIQ HASIFI (Sipi)
AHMAD RIDZUAN (Bonet)
MUHAMMAD SYAQIQ (Atod)
MOHD ARIF (Yorke) - Ketua Pasukan
NUKMAN BASYIR (Nukman)

Tengah:
WAN ZURAIMI (Remi)
MOHAMMAD MATIIN (Matiin)
MOHD ZULHILMI (Mat Jue)
MOHD AZHIM (Ajim)
KHAIRULDDIN (Khai)
AHMAD FAUZAN (Pojan) - Pengurus Pasukan

Penyerang:
WAN MUHAMMAD AKIB (Akib)
HASNUL HANIF (Pak Nol)
MOHD HAFIZ (Apek)
MUHAMMAD SYAFEEQ (Stone Cold)

SONA FC sebelum ini pernah diperkuatkan oleh seorang lagi pemain iaitu AHMAD FIKRI (Fikri) namun beliau kini sedang menjalani program internship dan terpaksa diketepikan buat sementara waktu.


P/S:
Dikesempatan ini, SONA FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa berada di belakang kami selama ini. Antaranya; Am, Abu, Afzal, Ajak, Achong (yang selalu menjadi pengadil jemputan). Tidak lupa juga kepada Mat Shin selaku ketua bagi kelab penyokong SONA FC dan semua watak yang pernah hadir memberikan sokongan kepada kami tidak kira secara langsung atau tidak. Terima kasih daun keladi. Afundi SONA!!

Wednesday, February 4, 2009

SONA FC : DIUNDI DI DALAM KUMPULAN C

UTP Soccer League kembali lagi. Kali ini SONA FC telah diundi di dalam Kumpulan C bersama 4 lagi pasukan lain iaitu Apocalypto, Evo, Cantana dan Croconile.







Laluan mudah? Laluan sukar? Masih terlalu awal untuk dikatakan kerana setiap pasukan masing-masing, termasuk SONA FC, kini telah berusaha sedaya upaya untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing. (perh, ayat tak boleh blah!)

SONA FC, pasukan yang tak asing lagi dikalangan pencinta sukan bola sepak tanah air kerana cara latihannya yang sempoi, simple, senang dan bergaya. Walaupun tidak berstatus 'perkasa' dan mempunyai nama yang gah seperti pasukan hebat yang lain, tapi ia tetap menjadi siulan dibibir para peminat fanatiknya.

Sejauh manakah langkah pasukan ini dalam persaingan UTP Soccer League kali ini?. Sama-samalah kita nantikan.

SONA FC : SESI 2008



























Tuesday, February 3, 2009

SONA FC : SELAMAT DATANG

Selamat datang semua ke blog rasmi SONA FC.
Kepada para peminat yang hensem dan lawa, marilah kita bersama-sama memeriahkan laman ini.
Oyeah.

"SOMOS CAMPEONES"


Amanat daripada,
ABANG MANAGER